Sistem Audio MBS Bermasalah.. Satu Penjelasan
Beberapa hari sebelum tibanya bulan Ramadan , MBS telah siap menukar seluruh sistem audio baru dari sistem analog kepada sistem digital sepertimana sistem audio masjid masjid lain sekitar Tawau kerana terbukti berkesan dan lebih baik dari sistem lama.
Memandangkan sistem audio sebelum ni bermasalah dan penyelenggarannya melibatkan kos dan tenaga kerja yang agak tinggi. Jawatankuasa Masjid telah bermsyuarat pada bulan Disember 2023 dan memutuskan untuk menukar keseluruhan sistem audio kepada yang baru.
Sistem audio baru ini ditukar secara keseluruhan dari wiring, speaker , amplifier dan mixer. Bukan separuh separuh.
Namun begitu , selepas semua sistem sudah siap dipasang. Kita dapati ada masalah masalah yang timbul seperti bunyi “buzzing” atau “humming” apabila ianya digunakan. Pelbagai cara diusahakan dengan mencari tune yang sesuai agarnya tidak berlaku lagi. Pihak jawatankuasa & kontraktor yang terlibat cuba mencari masalah yang menyebabkan ianya berlaku. Setelah diperiksa & disiasat secara terperinci selama berberapa hari, hasil dapatan kami pada 17 Mac 2024 (Ahad) ketika Solat Terawih sedang dijalankan, voltage yang membekalkan arus elektrik kepada sistem audio menjadi punca utama mengapa sistem audio bermasalah.
Arus elektrik yang stabil pada bacaan 220 – 240V. Hasil siasatan, bacaan arus elektrik ketika digunakan jatuh pada paras 211V , naik turun tidak menentu.
Masalah bekalan arus elektrik ini bukan saja melibatkan sistem audio sahaja tapi melibatkan segala peralatan penggunaan elektrik seluruh masjid.
Kini, pihak kontraktor dan jawatankuasa cuba mencari solusi sementara yang segera agar sistem audio digunakan tidak lagi bermasalah. Dalam masa yang sama sedang menilai cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.