Mesyuarat Agung Sesi 2024-2026

Mesyuarat Agung Sesi 2024-2026

Alhamdulillah Masjid Babus Saadah selesai mengadakan Mesyuarat Agung sesi 2024-2026 yang berlangsung pada 25 Ogos 2024 di Anjung Safa MBS.

storage emulated 0 Android data com.miui .gallery cache SecurityShare 1724913628283

Sesuai dengan arahan yang diterima dari JHEAINS , mesyuarat agung diadakan dengan penuh harmoni dihadiri oleh jemaah masjid, penduduk Kampung Muhibbahraya dan ahli kariah MBS.

Mesyuarat kali ini dipantau oleh beberapa orang pegawai JHEAINS diketuai oleh Ustaz Mujahid Abdul Hak, Ustaz Ahmad Syauqi , Ustaz Mohd Nizam & Ustaz Madrasah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Asma Ul Husna dan doa dari Imam Rawatib Tuan Hj Alil Matran.

1724913628572

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh pengerusi masjid , Tuan Hj Awang Jabar bin Abdullah dan dirasmikan oleh pegawai JHEAINS iaitu Ustaz Mujahid Abdul Hak.

Ustaz Mujahid memaklumkan hadirin bahawa Masjid Babus Saadah menjadi contoh kepada masjid masjid lain dalam urus tadbir yang baik.

1724913628521

Hj Awang Jabar mempengerusikan mesyuarat disusuli dengan laporan aktiviti & kewangan yang disampaikan oleh Setiausaha Masjid , En Adriany Hj Sabri memandangkan Bendahari tidak dapat hadir atas urusan rasmi kerja.

Jawatankuasa lama dibubarkan dan Ustaz Mujahid membuka cadangan kepada ahli mesyuarat untuk cadangan lantikan pengerusi masjid bagi sesi 2024-2026.

Akhirnya, seluruh ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju agar Tn Hj Awang Jabar dikekalkan sebagai pengerusi bagi sesi yang baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *